Panasonic - Ideas for life Malaysia
Banner
spacer Press Room Home
Corporate Press Release
Product Press Release
Photo Gallery
Media Contact
About Panasonic
spacer

PANASONIC LANCAR “KAPSUL LAMPU GELUNG BARU”
MESRA ALAM SEKITAR
Lampu Penjimatan Tenaga baru dengan jangka hayat 15000 jam

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2008 - Panasonic melancarkan lampu penjimatan tenaga terbarunya, “Kapsul Lampu Gelung Baru” dengan jangka hayat 15,000 jam di Malaysia, hari ini.

Kadar penggunaan tenaga elektrik di kediaman adalah kira-kira 19% daripada jumlah tenaga keseluruhan yang digunakan. Ini bermakna, penggunaan sumber cahaya yang berkesan menggurangkan penggunaan tenaga elektrik. Ia adalah antara kaedah efektif bagi membantu memperlahankan pemanasan dunia.

“Kapsul Lampu Gelung Baru” ini mampu menyumbang dalam menggurangkan masalah pemanasan global dengan menggurangkan penggunaan tenaga (Penjimatan 80% berbanding mentol pijar)dengan jangka hayat lebih panjang (15000 jam)

Bagi memastikan jangka hayat terpanjang dicapai (15000jam) untuk industri ini, Panasonic membangunkan empat lingkaran baru dalam elektrod, dengan keupayaannya menampung jumlah pemancar lebih besar

“Kapsul Lampu Gelung Baru” Panasonic ialah produk berinovasi dan mesra alam sekitar yang dapat menggurangkan penggunaan tenaga dan pembaziran.

Teknologi lenturan densiti tinggi Panasonic untuk tiub lilitan bulatan gelung menjadikan tiub lilitan bulatan ini lebih padat. Dengan erti kata lain, teknologi lenturan densiti tinggi ini merealisasikan pembangunan produk pada tahap keberkesanan tinggi dan saiz yang sangat kecil.

Sehingga kini, lampu penjimatan tenaga tidak sesuai untuk digunakan pada sesetengah aplikasi (lampu yang dipasang di bangunan) berikutan dimensinya yang besar. Bagaimanapun, teknologi lenturan densiti tinggi membolehkan meningkatkan proses penggantian mentol pijar ke lampu penjimatan tenaga. Ini adalah kerana saiznya yang lebih kecil dapat mempromosikan penjimatan tenaga.
Di pasaran Jepun, lampu penjimatan tenaga Panasonic mendapat sambutan menggalakkan dan menguasai pasaran untuk kategori ini.

Lampu penjimatan tenaga Panasonic juga dapat membantu dalam menyumbang kepada perlindungan alam sekitar di Malaysia. “Kapsul Lampu Gelung Baru” ini akan berada di pasaran tempatan menjelang November 2008.

Mengenai Panasonic Malaysia Sdn Bhd
Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio visual, kelengkapan rumah, penghawa dingin, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran profesional, sistem perniagaan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan kecantikan sehingga ke batteri dan lampu. Semua produk Panasonic boleh di dapati menerusi pengedar sah kami seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berhubung jenama dan produk Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-5543 7600.

Perhubungan Media:
Azizah Wahid
Penolong Pengurus Besar, Komunikasi Korporat & Penjenamaan
Tel: 03 7809 7876 Mobil: 019 217 2730
Emel: azizah.wahid@my.panasonic.com