MESIN BASUH GENERASI KE-3 ‘AQUABEAT PLUS’ PANASONIC
Teknologi basuhan penjimatan tenaga terkini bertenaga membolehkan
anda menikmati hasil basuhan yang bersih dan segar setiap hari.
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2008 – Panasonic menampilkan rangkaian mesin basuh generasi ketiga terbarunya yang direka dengan ciri sokongan bagi membolehkan kos tenaga dijimatkan. Ia menggabungkan teknologi Aquabeat Plus dan ciri basuhan berbuih dengan Mandian Kristal AG yang dapat menghalang pertumbuhan 99.99% bakteria dan menghilangkan bau pakaian ketika dibasuh.
Sejajar dengan misi eco ideas kami, Panasonic dengan aktif membangunkan produk peka-alam sekitar menerusi penggunaan tenaga minimum yang dapat membantu menggelakkan masalah pemanasan global. Terima kasih kepada rangkaian mesin basuh model terkininya yang direka dengan ciri reka bentuk pintar yang turut dibangunkan dengan penggunaan kuasa menunggu sifar yang menepati gaya hidup kontemporari masa kini.
Kini, pelbagai pihak mengadu tentang kenaikan kos tenaga. Ramai pihak masih tidak menyedari tentang tenaga elektrik yang digunakan ketika menunggu ia beroperasi pada kelengkapan elektrik apabila ia diitinggalkan dalam mod menunggu. Pembaziran tenaga elektrik dan kos yang berkaitan masih tidak terlalu tinggi dan dilihat kurang mendapat perhatian di kalangan pengguna. Tetapi, apabila pembaziran tenaga ini berlaku di setiap kediaman di seluruh Negara, jumlahnya mampu memberi kesan dan tidak boleh dipandang endah.
“Sebagai masyarakat kini tiba masanya untuk kita menukar kepada produk yang menggunakan tenaga dengan lebih berkesan. Kami yakin dengan teknologi basuhan terkini Panasonic ini pengguna boleh mendapatkan prestasi basuhan terbaik dan rawatan pembersihan seterusnya menjadikan tugasan mencuci pakaian semakin berkurangan.
“Paling penting, mesin basuh Panasonic kami kurang menggunakan tenaga, tanpa menganggu prestasi ketika membasuh. Ciri penggunaan kuasa menunggu sifar boleh menjimatkan penggunaan elektrik sehingga 40% apabila mesin basuh ini dalam keadaan mod menunggu,” kata Tony Endoh, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn Bhd.
Tony Endoh menambah, “Mesin Basuh Aquabeat Plus terbaru kami yang dilengkapi dengan ciri pembasuhan Kristal AG didatangkan dengan penjana ion AG binaan dalaman. Penjana ini menggandungi kandungan bahan Kristal AG yang tinggi, dengan melepaskan ion AG apabila berlaku aliran air menerusinya. Bagi memastikan pakaian mendapatkan jumlah ion AG yang memadai, air AG direnjiskan sebanyak dua kali ke pakaian termasuk ketika proses membilas. Selepas proses membasuh ini selesai, pakaian yang dibasuh akan bebas daripada bakteria¹ dan bau yang kurang menyenangkan.”
“Pakaian yang dilindungi lapisan ion AG tidak meninggalkan sebarang bau yang kurang menyenangkan walaupun anda berpeluh atau jika ia dikeringkan di dalam rumah, khusus untuk mereka yang tinggal di pangsapuri tinggi atau kondominium. Kesan anti-bakteria ion AG turut memainkan peranan untuk mengelakkan pertumbuhan lumut hitam dalam bekas air mesin basuh ini. Ia menggunakan Laluan Bersih Bekas Air yang mampu menghapuskan kelembapan di dalamnya menerusi fungsi bersih dan operasi kipas kering.”
Kebaikan ion AG dan keberkesanannya turut mendapat pengiktirafan yang disahkan pelbagai makmal² bertauliah.
“Mesin basuh Aquabeat Plus baru kami dibangunkan berasaskan innovasi tiga pergerakan aliran air yang mampu memberikan prestasi basuhan lebih 20% dan meminimumkan kesan kerosakan fabrik berbanding model sebelumnya. Ciri unik ini hanya boleh didapati pada produk Panasonic dan dipaten di Jepun³. Malah, siri terbaru Aquabeat Plus ini turut dilengkapi dengan gabungan putaran dinamik dan gosokan. Ia memiliki kesan pusingan lebih bertenaga yang memberikan hasil cucian bertenaga. Bahagian dalaman bekas air ini mengetengahkan permukaan Papan Cucian Gosokan Berkembar. Ia bagi meningkat kesan perahan untuk prestasi cucian lebih baik.”
Pakaian tidak akan bersih sepenuhnya tanpa penapis kain untuk memerangkap kain. Penapis kain Berkembar Panasonic mempunyai pelindung anti-bakteria bagi menggelakkan pertumbuhan bakteria dan lumut. Rekaan baru ini meningkatkan penurasannya sehingga 10%. Kini anda boleh mengucap selamat tinggal kepada kotoran yang tidak dikehendaki pada pakaian!
Mesin basuh terbaru bagi siri Aquabeat Plus ini didatangkan dalam 10 model. Terdapat dua model automatik lengkap mesra pengguna dengan mandian Kristal AG (boleh didapati 8kg dan 9kg). Ciri mandian Kristal AG menghalang pertumbuhan bakteria dan bau yang tidak menyenangkan bagi cucian bersih terbaik.
Tambahan kepada ciri mandian Kristal AG, model seberat 12kg dan 13kg didatangkan dengan penapis air luaran bagi memastikan hasil bersih yang menawan. Ia meningkatkan kecekapan cucian dan menggelakkan daropada pakaian berwarna putih bertukar kuning.
Mark Japan Food Research Laboratories No. 206111008-006 sehingga 15 Disember, 2006
2Japan Food Research Laboratories No. 206111008-006 Sehingga 15 Disember, 2006
3 No Paten Jepun 3198730
Siri terkini Aquabeat Plus boleh didapati daripada pengedar sah Panasonic seluruh negara pada harga berpatutan antara RM999 sehingga RM1,999.
2 Model yang tidak dihitamkan adalah siri Aquabeat tanpa Aquabeat Plus.

Mengenai Panasonic Malaysia Sdn Bhd
Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio visual, kelengkapan rumah, penghawa dingin, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran profesional, sistem perniagaan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan kecantikan sehingga ke batteri dan lampu. Semua produk Panasonic boleh di dapati menerusi pengedar sah kami seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berhubung jenama dan produk Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-5543 7600.
Pertanyaan Media:
Azizah Wahid
Penolong Pengurus Besar, Komunikasi Korporat & Penjenamaan
Tel: 03 7809 7876 Mobil: 019 217 2730
Emel: azizah.wahid@my.panasonic.com
Pertanyaan tentang produk:
Lau Swee San
Eksekutif Produk, pemasaran HA
Tel: 03-7809 7608 Faks: 03-7955 2848
Emel: sweesan.lau@my.panasonic.com

