Panasonic - Ideas for life Malaysia
Banner
spacer Press Room Home
Corporate Press Release
Product Press Release
Photo Gallery
Media Contact
About Panasonic
spacer

RANGKAIAN VIERA DEFINISI TINGGI LENGKAP TERBARU PANASONIC

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2008 - Panasonic memperkenalkan siri terbaru televisyen Plasma dan LCD Definisi Tinggi (HD) Lengkap di pasaran tempatan.

Televisyen Plasma bagi siri HD Lengkap terbaru ini didatangkan dengan ciri Warna Wayang Digital VIERA, manakala TV LCD HD Lengkap pula memberi penekanan terhadap kualiti gambar yang bertenaga dengan ketajaman menakjubkan. Sebagai tambahan kepada prestasi bertenaga ini, model terbabit ditampilkan dengan reka bentuk yang menyerlah, menjadikannya siri paling menarik yang pernah dihasilkan.

TV plasma untuk siri PY850 mampu menghasilkan semula Warna Wayang Digital dengan keupayaan meningkatkan pengalaman menonton tayangan filem. Hasil seperti itu dapat dirasai apabila imejnya sendiri dipaparkan pada warna terang seperti yang dikehendaki pengarah. Siri PY850 ini turut dibangunkan pada resolusi gambar bergerak melebihi 900 garisan dengan pemacu ‘Sub-field’ 480Hz. Ia membenarkan peralihan daripada kerangka ke kerangka, untuk imej bergerak yang lebih lancar pada resolusi tinggi.

Kualiti gambar membanggakan itu dapat dilihat pada paparan warna hitam asli dan kontras tinggi 1,000,000:1. Gabungan Sistem Pemacu Hitam Sebenar yang baru ini (Sistem Penyekatan pra-pelepasan) dan proses pengeluaran panel yang dipertingkatkan mampu menghasilkan warna hitam yang cemerlang dan kontras bertenaga. Ia dapat mengetengahkan babak-babaknya dengan tepat, khususnya dalam keadaan cahaya dan bayang-bayang pada keadaaan yang lebih seimbang.

Siri PY850 yang dilengkapi fungsi Wayang Sebenar 24p mampu menjana pengeluaran semula kerangka asal dengan meningkatkan jumlah penghasilan kerangka untuk sumber tayangan filem 24p dan menjadikan imejnya lebih lancar.

Siri PY850 turut memberikan penekanan terhadap 5,120 langkah yang bersamaan dengan gradasi untuk menonjolkan setiap imej, walaupun terdapat hanya sedikit warna ketika matahari terbenam.

Panel paparan Plasma bagi siri PY850 adalah bebas merkuri bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar apabila ia dikitar semula atau untuk dihapuskan pada masa depan.

TV LCD HD Lengkap siri LZ80 turut memberi penekanan terhadap kualiti gambar bermutu tinggi. Sudut menonton 178กใ yang luas dengan panel HD Lengkap IPS membolehkan pengguna menikmati paparan gambar memberangsangkan daripada kiri, kanan, atas atau bawah.

Warnanya jelas, terang dan bebas daripada kesan mudah lenyap walaupun skrin itu dilihat daripada sudut yang tajam. Siri LZ80 pula mampu menghasilkan paparan hitam terperinci menerusi kontras tinggi 10,000:1 dengan I.S.C (Kawalan Babak Pintar). Warna hitam akan kelihatan lebih jelas apabila kawasan penetapan lampu belakang diperluaskan. Kemajuan yang ditunjukkan pada panel kontras dan I.S.C dapat memberikan nisbah kontras dinamik tinggi 10,000:1 atau lebih.

“Panasonic bukan hanya memberikan tumpuan terhadap kualiti gambar yang hebat tetapi kami turut mengambil berat tentang aspek kemudahan dan mudah digunakan oleh pengguna. Rangkaian VIERA ini menumpukan kepada rangkaian pintarnya menerusi Sambungan VIERA dan SD.

“Sambungan VIERA membolehkan operasi antara sambungan dilaksanakan pada peranti Panasonic lain dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh VIERA. Ini dapat dilakukan menerusi penyambungan peranti berkenaan dan juga Viera. Ia dapat disambung dengan menggunakan kabel HDMI,” kata Tony Endoh, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn Bhd.

“Kami percaya sambungan SD akan menjadi trend akan datang. Oleh itu, kami mahu bersama-sama berkongsi konsep dunia SD dengan pengguna. Dengan sambungan SD, menonton gambar yang diambil adalah lebih mudah pada skrin besar dengan hanya memasukkan kad SD ke dalam FHDTV Viera. Dengan siri PY850, anda bukan saja dapat melayari gambar tetapi menikmati imej bergerak yang diambil daripada kamkorder HD.

“Seperti yang sudah di ketahui, TV FHD Viera adalah gabungan teknologi termaju yang mudah digunakan dan mesra pengguna,” tambah Tony Endoh.

Mengenai Panasonic Malaysia Sdn Bhd

Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio visual, kelengkapan rumah, penghawa dingin, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran profesional, sistem perniagaan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan kecantikan sehingga ke batteri dan lampu. Semua produk Panasonic boleh di dapati menerusi pengedar sah kami seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut berhubung jenama dan produk Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-5542 2288.

Perhubungan Media:
Azizah Wahid
Penolong Pengurus Besar, Komunikasi Korporat & Penjenamaan
Tel: 03 7809 7876 Mobile: 019 217 2730
Emel: azizah.wahid@my.panasonic.com

Maklumat tentang Produk:
Stacy Kew
Eksekutif Produk Pemasaran AV
Tel: 03 7809 7687 Faks: 03-7955 2848
Emel: stacy.kew@my.panasonic.com