RANGKAIAN ‘VEGERATOR’ TERBARU PANASONIC
Rangkaian Peti Sejuk terbaru yang mudah dengan sistem penyejukan termaju dan prestasi menjimatkan tenaga
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2008 – Panasonic memperkenalkan peti sejuk siri terbarunya dengan ciri penjimatan tenaga di samping menjimat ruang dan mudah digunakan.
Peti sejuk terbaru Vegerator dilengkapi dengan teknologi ‘PEMBALIKAN PINTAR atau i-PEMBALIKAN, yang dibangunkan khusus untuk menggurangkan kos operasinya daripada mesin ini. Ia menawarkan pengguna prestasi penyejukan termaju dan bertenaga dengan keupayaan menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 20%.
Peti sejuk Vegerator ini diketengahkan menerusi empat model terbaru iaitu menerusi dua, empat dan enam pintu bagi memenuhi kehendak seisi rumah. Produk terbaru Panasonic ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi pembersihan yang mampu menghapuskan bau yang tidak menyenangkan dan lumut yang tidak aktif dan bakteria.
“Di Panasonic, kami bimbang tentang kenaikan kos tenaga elektrik dan aktiviti yang merosakkan alam sekitar menerusi kaedah pengeluaran tenaga. Hatta, teknologi i-PEMBALIKAN kami adalah hasil daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). Panasonic adalah syarikat pertama di dunia yang membangunkan dan memasarkan peti sejuk kawalan-pembalikan,” kata Tony Endoh, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn Bhd.
“Teknologi i-PEMBALIKAN kami dilengkapi dengan pengesan pintar yang mampu mengesan perubahan suhu, berikutan daripada pintunya yang dibuka dan ditutup atau jumlah makanan yang disimpan. Suhu di dalam peti sejuk ini mudah ditukar bagi menjadikannya lebih efisien dan stabil yang menjimatkan tenaga.”
“Penggunaan tenaga dapat dijimatkan sehingga 20% dan ia adalah kadar yang patut diambil kira apabila peti sejuk berada di tempat kedua bagi produk elektrik yang digunakan selepas penghawa dingin. Ia dilihat dari segi penggunaan kuasa di kalangan semua kelengkapan seisi rumah. Walaupun di anggap kecil, ia masih mewakili sebahagian daripada langkah mengurangkan masalah pemanasan global menerusi usaha mewujudkan persekitaran lebih sihat dan yang ditanggung ekologi,” tambah Endoh.
Siri terbaru Vegerator ini boleh di dapati di pengedar sah Panasonic seluruh negara pada harga berpatutan bermula dari RM999 hingga ke RM6,999. Maklumat berhubung produk adalah seperti di bawah.

Mengenai Panasonic Malaysia Sdn Bhd
Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio visual, kelengkapan rumah, penghawa dingin, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran profesional, sistem perniagaan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan kecantikan sehingga ke batteri dan lampu. Semua produk Panasonic boleh di dapati menerusi pengedar sah kami seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berhubung jenama dan produk Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-5543 7600.
Perhubungan Media:
Azizah Wahid
Penolong Pengurus Besar, Komunikasi Korporat & Penjenamaan
Tel: 03 7809 7876 Mobil: 019 217 2730
Emel: azizah.wahid@my.panasonic.com
Maklumat tentang produk
Jasmynn Ng
Eksekutif Produk, Jabatan Pemasaran HA
Tel: 03-7969 2702 Faks: 03-7955 2848
Emel: jasmynn.ng@my.panasonic.com

