Panasonic - Ideas for life Malaysia
Banner
spacer Press Room Home
Corporate Press Release
Product Press Release
Photo Gallery
Media Contact
About Panasonic
spacer

BATERI ALKALI TERBARU ‘EVOLTA’
- Mencipta Rekod Dunia Guinness sebagai “Bateri Alkali AA Paling Lama Bertahan” 1)

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2008 - Panasonic, memperkenalkan bateri alkali terbarunya, ‘EVOLTA’ yang memasuki Buku Rekod Dunia Guinness sebagai “Bateri Alkali AA Paling Lama Bertahan.” 1)

Pengiktirafan Rekod Dunia Guinness adalah berasaskan pencapaian yang diambil daripada data ujian menyahcas Panasonic. Ujian ini dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC). Bateri EVOLTA “AA” adalah yang pertama mendapat pengiktirafan Guinness untuk kategori terbabit.

Bateri EVOLTA sesuai untuk kegunaan pada pelbagai aplikasi, seterusnya menepati keperluan peralatan elektrik/elektronik hari ini, disamping memenuhi kehendak permintaan pengguna yang mahukan bateri untuk bertahan lebih lama. EVOLTA didatangkan dalam dua jenis iaitu AA dan AAA dan boleh digunakan pada pelbagai jenis kelengkapan termasuk aplikasi tahap kehabisan tenaga rendah sehingga tinggi.

EVOLTA yang diambil daripada perkataan evolusi (evolution) dan voltan (voltage) benar-benar mengambarkan kemajuan dan kebolehan luar biasa teknologi bateri Panasonic. Bateri EVOLTA jelas menggambarkan keupayaan Panasonic membangunkan bateri Oxyride dan innovasi yang digunakan pada struktur bateri berkenaan, bahan dan proses pengeluarannya.

Struktur terkini bateri Evolta menyediakan lebih banyak ruang di bahagian dalamnya bagi membolehkan bahan aktif tambahan disimpan dan meningkatkan ketegapannya. Ia dapat dilakukan menerusi penggunaan teknologi penutupan terbaru bagi bekas silindernya. Bahan aktif yang baru dibangunkan seperti ‘cathode’ (Manganese dioksida baru dan titanium oxy-hidroksida) dan anode (zink) memenuhi keperluan reaksi kimia yang menghasilkan prestasi memberangsangkan.

Bagi memaksimumkan reaksi kimia dalam bateri, Panasonic turut menunjukkan peningkatan dari segi proses pengeluarannya untuk bateri Oxyride, sebagai usaha menempatkan bahan aktif dengan lebih serata dan padat. Hasilnya, bateri EVOLTA menawarkan prestasi terbaik untuk kegunaan pelbagai peralatan aplikasi bagi arus aliran elektrik rendah seperti alat kawalan jauh TV sehingga ke aplikasi berprestasi tinggi seperti kamera digital.

Jawapan Panasonic terhadap evolusi produk yang dihasilkan pada bateri dan permintaan pengguna adalah Bateri EVOLTA. Pengeluaran produk secara berterusan di pasaran menjadikan kehidupan harian penduduk di seluruh dunia lebih selesa dan mudah.

Purata tempoh menyahcas diukur dengan menggunakan standard ANSI, IEC dan JIS (untuk tempoh 15 Januari 2008)
Apabila disimpan pada 20 C±2 C dalam kelembapan 60%±15%.

Mengenai Panasonic Malaysia Sdn Bhd
Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio visual, kelengkapan rumah, penghawa dingin, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran profesional, sistem perniagaan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan kecantikan sehingga ke batteri dan lampu. Semua produk Panasonic boleh di dapati menerusi pengedar sah kami seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berhubung jenama dan produk Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-5543 7600.

Pertanyaan Media:
Azizah Wahid
Penolong Pengurus Besar, Komunikasi Korporat & Penjenamaan
Tel: 03 7809 7876 Mobil: 019 217 2730
Emel: azizah.wahid@my.panasonic.com