REKAAN TERBARU SISTEM MANDIAN ANGGUN
Memperkenalkan sistem mandian elektrik kediaman Panasonic bagi
Siri ‘Esen’ yang anggun, bergaya dan selamat.
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2008 – Oktober 2004, Panasonic telah melakukan perubahan terhadap reka bentuk sistem mandian segi empat tepat konvensional dengan memperkenalkan sistem mandian kediaman elektrik lebih nipis bagi siri SLIM7.
Konsep rekaan yang nipis ini bertepatan dengan gaya hidup baru dan konsep bilik air terkini. Sejak itu, reka bentuk terbaru dengan ketabalan hanya 7 sentimeter (sm) ini di jadikan standard pembangunan produk seumpamanya di kalangan pengeluar sistem mandian kediaman elektrik yang lain.
Panasonic yang menjadi peneraju segmen ini dengan menguasai 42% pasaran memperkenalkan sistem mandian elektrik untuk kediaman menerusi siri terbarunya, Esen. Ia dijangka bakal menentukan arah aliran reka bentuk terkini industri – dengan ‘E’ diambil daripada akronim yang membawa maksud anggun dan cekap, manakala Sen membawa maksud air musim bunga dalam bahasa Jepun.
Reka bentuknya yang licik, 17sm itu memperlihatkan pembangunannya yang memberikan penekanan terhadap kualiti ruang yang dimiliki, luas, selesa, praktikal dan anggun. Ciri yang ditampilkan ini jelas mengambarkan konsep padat bagi membolehkannya ditempatkan di mana-mana saja bahagian dalaman bilik air.
Ia yang menggunakan teknologi aliran itu mengetengahkan struktur yang dipertingkatkan menerusi kepala mandian tiga arah bagi membekalkan tekanan air mandian 20% lebih kuat berbanding kepala mandian enam arah yang digunakan sebelumnya.
\Plet sistem mandian yang didatangkan dengan lapisan pelindung Antibakteria Kristal AG+ dapat menggelakkan berlakunya pertumbuhan bakteria sehingga 99%. Pendekatan ini dapat mengurangkan keperluan untuk membersihkannya dengan lebih kerap dan memudahkan proses penyelenggaraan plet kepala mandian. (*Ia diiktiraf Pemeriksa Tekstil Sintetik Jepun, Yayasan Institut.)
Siri Esen didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan di sebalik reka bentuknya yang bergaya dan anggun. Ia menawarkan pengalaman mandian yang menyegarkan dan menyeronokkan tanpa menafikan aspek keselamatannya.
Siri Esen dilengkapi dengan 9 ciri keselamatan:
1) Pengesan Aliran Air akan menutup mandian ini secara automatik apabila tiada bekalan air atau kadar aliran air kurang daripada 0.9 liter seminit.
2) Pemotongan Aliran Udara Panas Automatik dapat mengekalkan suhu yang dikeluarkan di bawah 55oC. Dalam keadaan suhu yang dikeluarkan melebihi 55oC, Thermostat auto-reset akan diaktifkan.
3) Termostat dipasang semula Secara Manual akan diaktifkan apabila suhunya melebihi 75oC dan sekiranya pemotongan aliran udara panas automatik tidak berfungsi.
4) Unit Pemanas Tembaga adalah bebas kebocoran dan lebih tahan lama.
5) Suis buka-tutup dengan hanya sekali tekan yang mampu menutup sumber tenaga utama dan bekalan air secara terus.
6) Pemecah Kebocoran Bumi Binaan Dalaman (ELCB) akan menghentikan operasi secara automatik dalam tempoh 0.05 saat apabila kebocoran aliran elektrik melebihi standard yang dibenarkan pada 15 mili-ampere (mA).
7) Pelindung Kalis Percikan Air menggelakkan air daripada terpercik ke dalam unit berkenaan.
8) Bahan yang tidak mudah terbakar dan boleh dipadamkan sendiri sekiranya berlaku kebakaran.
9) Struktur Insulasi tanpa mendedahkan bahagian besinya bagi menggelakkan kejutan elektrik.
Semua ciri keselamatan ini membolehkan anda menikmati pengalaman mandian yang menyeronokkan dan menyegarkan dengan ciri mesra pengguna seperti:
1) Pemegang Buka/Tutup Besar dengan permukaan sentuhan yang besar memudahkan ia penggunaannya.
2) Pemilih mandian satu sentuhan untuk pelbagai jenis renjisan seperti untuk lebih luas, tepat dan lembut.
3) Mangkuk mandian gel pada rel mengelungsur untuk kemudahan pengguna.
4) Rekaan anggun dengan penjimatan ruang 40%.
Kristal Ag+ dengan kepala mandian anti bakteria.
Penapis air dengan jaringan terperinci untuk memerangkap kekotoran bagi mendapatkan mandian yang lebih bersih.
Jet Buihan Angin dengan fungsi 3-rentak untuk kesan urutan yang sensasi (Hanya didatangkan dengan DH-3HD1M)
.
Terdapat 4 model Esen menarik yang boleh dipilih. DH-3HP1M dan DH-3HP2M di datangkan dengan pam binaan dalaman dan masing-masing ditawarkan pada harga RM559 dan RM579 di Barat Malaysia manakala masing-masing berharga RM569 dan RM589 di Timur Malaysia.
Bagi model DH-3HD1M dan DH-3HE1M yang mampu memberikan kesan seperti diurut ketika mandi ditawarkan masing-masing pada harga RM509 dan RM449 bagi Barat Malaysia manakala masing-masing berharga RM519 dan RM459 di Timur Malaysia.
Siri SLIM7 untuk model DH-3FS2M didatangkan dengan 3 warna lembut (merah jambu, biru dan putih) dan ditawarkan pada harga RM339 untuk Barat Malaysia dan RM349 di Timur Malaysia.
Untuk model DH-3FT2M, ia dilengkapi dengan sistem kawalan suhu elektronik yang didatangkan pada warna merah berkilat, biru dan putih berharga RM359 di Barat Malaysia dan RM369 di Timur Malaysia. Untuk model DH-3EP3M yang dilengkapi pam asas ia ditawarkan pada harga RM 539 di Barat Malaysia dan RM549 di Timur Malaysia.
Harga yang ditawarkan untuk siri Esen terbaru (keluasan 17 sm) ialah:

Harga untuk siri Slim terbaru ialah:

Sistem mandian elektrik kediaman Panasonic boleh didapati di kedai pengedar sah Panasonic seluruh Malaysia.
Mengenai Panasonic Malaysia Sdn Bhd
Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio visual, kelengkapan rumah, penghawa dingin, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran profesional, sistem perniagaan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan kecantikan sehingga ke batteri dan lampu. Semua produk Panasonic boleh di dapati menerusi pengedar sah kami seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berhubung jenama dan produk Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-5543 7600.
Perhubungan Media:
Azizah Wahid
Penolong Pengurus Besar, Komunikasi Korporat & Penjenamaan
Tel: 03 7809 7876 Mobil: 019 217 2730
Emel: azizah.wahid@my.panasonic.com
Maklumat tentang Produk:
Victor Koh
Pengurus Produk, Kipas dan Pemasaran ‘Shower’ Kediaman
Tel: 03 7809 7602 Faks: 03 78097766
Emel: victor.koh@my.panasonic.com

