Panasonic - Ideas for life Malaysia
Banner
spacer Press Room Home
Corporate Press Release
Product Press Release
Photo Gallery
Media Contact
About Panasonic
spacer

SISTEM TEATER KEDIAMAN CAKERA BLU-RAY HD LENGKAP
SC-BT100 PANASONIC
Menawarkan kepuasan maksimum menerusi Cakera Blu-ray dan produk HD terbaru

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2008 - Panasonic memperkenalkan Sistem Teater Kediaman Cakera Blu-ray SC-BT100 Definisi Tinggi (HD) lengkap yang mampu memberikan kepuasan maksimum sama seperti memiliki sistem teater kediaman bertenaga. Cakera Blu-ray sistem Teater Kediaman terkini ini menawarkan kualiti imej dan bunyi menakjubkan bagi memberikan kepuasan melangkaui pengalaman sebenar di teater.

SC-BT100 mengetengahkan penggunaan ‘UniPhier® iaitu gabungan Prosesor PHL Reference Chroma dan teknologi pemprosesan imej P4HD. Ia juga menyokong BONUSVIEW (Profil Standard Terakhir) yang boleh memainkan kandungan lain seperti komen pengarah, bersama-sama dengan tayangan wayang sebenar. Tahap kepuasan sebenar hanya dapat dinikmati menerusi Cakera Blu-ray ini. ’

Sistem SC-BT100 turut dilengkapi teknologi audio khas yang menjadi pelengkap kepada kualiti imej Cakera keras Blu-ray menakjubkan ini. Pembangunan pembesar suara diafragma buluh membabitkan penyelidikan terperinci terhadap bahan yang digunakan dalam penghasilan kon pembesar suara bagi mendapatkan kualiti bunyi bermutu tinggi.

Subwoofer Kelton menghasilkan nada bes yang kaya dan tegap bagi menepati keperluan imej resolusi tinggi skrin besar. Apabila dua woofer ditempatkan di bahagian atas dan bawah tweeter, pembesar suara berasaskan Susunan Simetrik Menegak mampu mencapai bunyi yang jelas dan tajam. Teknologi audio berkualiti tinggi ini adalah gabungan pengeluaran bunyi menakjubkan hasil daripada mampatan Dolby TrueHD dan format DTS-HD.

Malah, apabila peralatan tanpa wayar pilihan ditambah pada bahagian belakang pembesar suara (SH-FX67) dan pembesar keliling (SB-HS100A), bunyi yang memberangsangkan bagi sistem bunyi keliling bagi saluran 7.1 dapat dinikmati. Fungsi keliling mod-bisikan (Whisper-mode) menawarkan kesan bunyi sekeliling bertenaga walaupun ketika menonton tayang filem pada waktu malam dengan volum bunyi direndahkan.

Ia yang dilengkapi dengan fungsi rangkaian sepenuhnya membolehkan SCBT100 digunakan bersama produk hiburan lain era ini seperti Pemegang Pelbagai Bersepadu untuk iPod yang boleh disambung dengan mudah kepada Sistem Teater Kediaman Cakera Blu-ray. Selain itu, slot kad storan SD memudahkan proses pertukaran data dilakukan dengan kamkorder HD atau kamera digital pegun dan fungsi sambungan VIERA terbaru untuk operasi lebih lancar dengan menggunakan alat kawalan jauh televisyen VIERA. Sistem Teater Kediaman Cakera Blu-ray SC-BT100 HD lengkap jelas membawa wajah baru dunia audio visual kepada hiburan HD.

*Sistem bunyi 7.1-saluran memerlukan peralatan tanpa wayar pilihan untuk pembesar suara belakang (SH-FX67) dan pembesar suara keliling satu set (SB-HS100A).

[Ciri Utama]
Gambar Berkualiti Tinggi
UniPhier®
Gabungan Prosesor ‘PHL Reference Chroma’ dengan teknologi imejan P4HD termaju, platform bersepadu elektronik pengguna digital asli Panasonic, UniPhier® mampu menghasilkan semula warna semula jadi dan jelas untuk tayangan wayang asal. UniPhier® mencerminkan penterjemahan termaju dan teknologi sah yang dibangunkan Panasonic Hollywood Laboratory (PHL) dengan kerjasama industri filem profesional. Menerusi UniPhier® SC-BT100 menawarkan tahap imej dan bunyi berkualiti, menepati permintaan Hollywood – oleh yang demikian anda boleh menikmati pengalaman tayangan filem yang sepatutnya.
*UniPhier adalah tanda perdagangan / tanda berdaftar Matsushita Electric Industrial Co., Ltd di Jepun dan negara lain.

Prosesor PHL Reference Chroma
Prosesor PHL Reference Chroma Processor -sampel (4:2:0 to 4:2:2) maklumat warna yang diterjemahkan isyarat video. Dengan menggunakan teknologi unik Panasonic, sirkit inovatif menghasilkan semua maklumat terperinci yang jelas perbezaan halus bagi aliran video Blu-ray yang direkod dengan sistem pemampatan imej berkualiti tinggi. Ia menghasilkan imej yang jelas dan lebih dalam seperti yang ditawarkan BD-Video.

P4HD (Pemprosesan Progresif Ketepatan Piksel HD)
P4HD memproses lebih daripada 15 bilion piksel sesaat dan menggunakan pemprosesan optimum untuk setiap piksel. Prose situ dapat menghasilkan imej menakjubkan, pergerakan yang lancar dan menghasilkan garis penjuru yang jelas.

Warna Dalam
Output HDMI SC-BT100 sesuai untuk warna yang dalam. HDMI V.1.2 versi sebelumnya yang ditawarkan menerusi 8 bait, 256-langkah ansuran, HDMI V.1.3 sehingga ke 12 bait, 4,096 langkah ansuran. Ia membantu SC-BT100 menghasilkan semula warna asli dengan ansuran lancar dan jalur warna minimum.
* HDMI V.1.3 dengan warna mendalam dan TV yang sesuai diperlukan.

Pemain balik 1080/24p
SC-BT100 dibekalkan dengan output 1080/24p. Ia menghasilkan imej tayangan filem daripada Cakera Blu-ray dalam bentuk asalnya 24p, tanpa perlu ditukar. Anda dapat melihat tayangan filem dalam format yang sama seperti tayangan di teater.
*24p bermaksud 24 kerangka/sesaat
*1080/24p peranti paparan yang menyokongnya diperlukan.

Kualiti Bunyi Premium
Subwoofer Kelton
Terima kasih kepada subwoofer Kelton, output yang dalam bagi SC-BT100, menyediakan bunyi bes seperti kilat yang menjadikan Cakera Blu-ray adalah pengalaman hiburan menakjubkan. Subwoofer Kelton ini mempunyai dua ruang dalaman. Unit pemacu ditempatkan di ruangan belakang yang memberikan gegaran ruangan depan, menyebabkan radiator pasif besar 25 sentimeter untuk ruangan depannya bagi mengegarkan dan mengeluarkan bunyi bes. Di sebabkan fungsi bahagian depannya berperanan sebagai penapis akustik, ia hanya akan mengeluarkan bunyi bising yang tidak dikehendaki pada kadar minimum. Radiator pasif yang nipis dan mengikut tinggi membantu untuk mencapai bunyi bes yang bersih, bertenaga dan mampu bertindak balas.

Pembesar suara Diafragma Buluh
Penggunaan buluh yang bersesuaian dan pada densiti rendah dalam kon woofer dan tweeter di bahagian pusat dan depan pembesar suara dapat membantu dalam mencapai tindal balas bunyi yang tinggi. Sistem ini mengeluarkan bunyi daripada sumber format audio definisi tinggi Cakera Blu-ray pada tahap yang jelas dan ketepatan membanggakan.

Penetapan Simetrik Menegak
Pembesar suara di bahagian depan dan pusat SC-BT100 menampilkan penepatan simetrik menegak, dengan tweeter di bahagian pusat dan woofer yang disusunkan terus di atas dan bawahnya. Bunyinya muncul daripada satu punca. Ia mengeluarkan semula bunyi yang lebih jelas dan telus khususnya apabila anda sedang mendengar orkestra. Seperti contoh, anda boleh memilih dengan mudah lokasi untuk setiap peralatan.

Sistem bunyi keliling mod-bisikan
Sebelum ini, apabila anda menonton tayangan filem pada lewat malam dengan penyampaian bunyinya diturunkan, kesan keliling tidak dapat dinikmati. Bagaimanapun, ia tidak berlaku dengan sistem bunyi keliling mod-bisikan. Ia menggantikan setiap tekanan bunyi bagi komponen frekuensi lemah (yang mengandungi isyarat yang memberi kesan terhadap kesan kelilingnya), bagi membolehkan anda menikmati bunyi keliling yang berkualiti walaupun ketika menonton tayangan filem pada penyampaian suara yang rendah.

Bunyi keliling 7.1 saluran boleh di dapati dengan peralatan pilihan
Anda juga bole menghasilkan system bunyi keliling pelbagai saluran sehingga 7.1 saluran dengan membeli SH-FX67 secara berasingan untuk system tanpa wayar dan SB-HS100A untuk pembesar suara keliling.

Sesuai digunakan dengan semua ‘Codec’ Audio Baru
SC-BT100 sesuai digunakan dengan Dolby TrueHD dan DTS-HD 7.1 saluran keliling format bunyi terbaru. Nikmati penyampaian bunyi yang kaya, jelas dan khusus untuk format data tinggi.

Media baru yang mesra
Pemegang Universal Bersepadu untuk iPod
Anda hanya perlu menempatkan iPod ke pemegang binaan dalaman dan nikmati prestasi memberangsangkannya. Dengan Sistem Teater Kediaman Cakera Blu-ray, kualiti gambar dan bunyi membanggakan dapat dirasai. Pastinya anda akan merasai kepuasan mendengar lagu dan melayari kembali imej menerusi iPod. Ia tidak mempunyai kabel iPod atau USB untuk disambungkan, bagi menjadikannya lebih mudah digunakan dan bilik sentiasa berada dalam keadaan kemas dan tidak bersepah.

Keupayaan muzik/Video iPod
Pemain balik muzik iPod dan Paparan dalam Skrin iPod untuk menu muzik
Sistem Teater Kediaman Cakera Blu-ray Panasonic adalah kaedah terbaik untuk mendengar munzik menerusi iPod anda. Senarai lagu iPod boleh dipaparkan pada skrin TV dan anda boleh menggunakan alat kawalan jauh daripada sistem teater kediaman atau televisyen VIERA untuk membuat pilihan atau memainkan lagu yang dikehendaki.

Pemain balik Video iPod
Gunakan skrin iPod untuk memilih video dan nikmati paparan skrin besar dan sistem bunyi keliling bertenaga.

*Bagi membolehkan anda menikmati kandungan Video iPod, sambungkan sistem teater kediaman dengan kabel video komposit.
*iPod tidak termasuk

Nikmati kandungan Pelbagai Saluran.
Sambungkan kotak penepatan kepada Sistem Teater Kediaman Cakera Blu-ray dengan kabel audio optikal dan anda boleh menikmati program kabel dan kandungan lain pada TV skrin besar dan pada masa sama menikmati ciri bunyi keliling 5.1 saluran.
*Output Video pada kotak penetapan perlu disambungkan ke TV dan kotak berkenaan perlu disambungkan ke SC-BT100 menerusi kabel audio optikal.

Rangkaian HD dan Kad Storan SD
Sambungkan dengan kamkorder HD
SC-BT100 boleh dimainkan balik dengan rakaman imej untuk format AVCHD apabila ia digunakan dengan kamkorder HD seperti HDC-SD9. Imej yang dirakam menerusi kad storan SD dikeluarkan secara terus daripada SC-BT100 terminal HDMI pada resolusi asalnya, 1920x1080 yang berkualiti tinggi. SC-BT100 turut dilengkapi dengan fungsi Navigasi Terus AVCHD yang membolehkan carian babak tertentu dilakukan dengan mudah.

Disambungkan ke Kamera Digital.
SC-BT100 boleh memainkan balik imej pegun JPEG pada kad memori SD, seperti yang direkodkan menerusi kamera digital DMC-TZ15. Sistem itu boleh mengeluarkan imej pada resolusi 1920 x 1080 – sesuai untuk TV HD Lengkap – dan mengeluarkannya menerusi terminal* HDMI. Dengan menggunakan ciri pemain balik persembahan slaid , anda boleh memainkan CD lagu dan melayari foto bagi membolehkan imej cantik dan senarai muzik pilihan dinikmati.
*JPEG dan sumber imej pegun lain akan ditukar kepada resolusi 1920 x 1080, sementara kualiti imej bermutu tinggi akan memaparkan resolusi imej lebih rendah daripada sumber HD lengkap 1080p.

SC-BT100 boleh memain balik imej JPEG pada kad storan SD seperti berikut

Mudah digunakan & sambungan menikut ketetapan ke VIERA
GUI baru yang selari
Apabila jenis media yang digunakan semakin meningkat, evolusi keupayaan sambungan VIERA adalah berterusan. Sambungan VIERA baru yang dipertingkatkan mampu memaparkan menu pada skrin TV menjadikannya mudah untuk menggunakan peralatan sambungan lain. Seperti contoh, anda boleh memaparkan menu dengan senarai lagu yang disimpan dalam iPod dan menggunakan alat kawalan jauh VIERA untuk membuat pilihan dan memainkannya kembali.

Ketetapan Teater Auto
Apabila Sistem Teater Kediaman Cakera Blu-ray disambungkan ke TV Viera menerusi kabel HDMI, ketetapan TV (menu bahasa, nisbah aspek dan lain-lain lagi) secara automatic dimuatkan ke dalam system teater kediaman. Ini dapat menjimat masa untuk menentukan ketetapan secara manual.
*Tidak semua ciri sambungan VIera 2008 sesuai digunakan pada produk sambungan VIERA 2006/2007.

Laman Web Global Blu-ray
http://panasonic.net/blu-ray/

Sistem Bunyi Teater Kediaman Cakera Blu-ray
SC-BT100
1.Nikmati ‘Codec’ Audio Lengkap Cakera Blu-ray: Dolby TrueHD, Dolby Digital Plus, Audio DTS-HD Master dengan subwoofer Kelton bertenaga & Bunyi Jelas “Pembesar Suara Difragma Buluh”
2. Pemain balik Definisi Tinggi 1080/24p, HDMI, Pertukaran*1 P4HD tepat 1080i kepada 1080p, BONUSVIEW (Profil Standard Terakhir) untuk fungsi gambar dalam gambar
3. Nikmati tambahan kebolehoperasian dengan produk Panasonic yang mempunyai sambungan*2 VIERA, Nikmati kenangan berharga menerui HD dengan Slot Kad Memori SD

Sistem Teater Kediaman Blu-ray SC – BT100 dijual pada RM4,399.00

Penerima isyarat Teater Kediaman
• Mod Teater Kediaman: Tenaga keseluruhan yang masuk 1250W (RMS)
• Amplifier Digital
• Bunyi keliling mod bisikan
• H.Bass
• Peningkat bunyi keliling
• Pusat tumpuan sebenar
• EQ (Mendatar, Berat, Jelas, Lembut)
• Peningkatan Subwoofer

• Kawalan Subwoofer
• Sistem Ketetapan Digital Quartz-Sintesis (FM)
• Kawalan Jauh AV

[Ciri Cakera Blu-ray]
Ciri Video
• Prosesor PHL Reference Chroma
• P4HD (Pemprosesan Progresif Ketepatan Piksel HD)
• Generasi Piksel Tepat
• 16-peringkat pengesan pergerakan dengan penyesuaian pergerakan berasaskan
Piksel
• Pemprosesan mengikut penjuru
• Pengesan pemprosesan progresif yang ke bawah of 3:2/2:2
• Penukar i/p untuk pemain balik 1080p*
• Penukaran menaik kepada pemain balik 1080p*
* Sambungan HDMI diperlukan.
• Pemain balik 1080/24p (Cakera Blu-ray)
• warna dalam
• Penukar video D/A 148.5MHz/12bit
• Pengurang bunyi bising (3D-NR/ NR bersepadu)
• Mod gambar (Normal, lembut, terperinci, Wayang, Pengguna)
• Pembetulan gambar (Kontras, Kecerahan, Ketajaman, warna, Pembetulan Gamma)
• Imbasan Progresif bermaju* (PAL/NTSC)
* Bagi menikmati gambar imbasan progresif, TV dan keupayaan imbasan progresif
perlu digunakan.
• Fungsi Zoom untuk imej for JPEG
• Pemain balik pelbagai format (BD-ROM, BD-RE, BD-RE DL, BD-R, BD-R DL, DVD-
Video, DVD-RAM, DVD-RW*3, DVD-R*3, DVD-R (Dua lapisan)*3, +R*3, +R (Dua
lapisan)*3, +RW*3, CD, CD-R/RW*4, MP3*5, AVCHD (Kad Memori SD/DVD), JPEG
and DivX® *6)

Ciri Audio
• Dolby True HD, Dolby Digital Plus, Audio Master DTS-HD, DTS-HD Audio Resolusi Tinggi dan Penterjemah Linear PCM binaan dalaman.
• Dolby Pro Logic IIx (Tayangan Filem, Muzik) (Untuk cakera/iPod/Kemasukan
Digital/FM/AUX) dengan pembesar suara keliling pilihan.
• DTS Neo :6 (Wayang, Muzik) (Untuk cakera/iPod/Kemasukan Digital/FM/AUX)
• Penukar Audi D/A berkualiti tinggi 192kHz/24bit
• Pemampatan Rangkaian Dinamik

Ciri Media lain
• Pemegang (Dock) Universal Bersepadu untuk iPod
• Paparan dalam skrin untuk menu muzik iPod
• Pemain balik Muzik iPod
• Pemain balik Video dan Foto iPod *7
• Pemain balik Definisi Tinggi tayangan filem & gambar menerusi slot kad memori SD

Input/ Output
• 1 Terminal HDMI (sambungan VIERA)
• 1 komponen output Video
• 1 ouput Video
• 1 input Digital (Optikal)
• 1 input Audio analog untuk AUX
• 1 sumber keluar telefon
• 1 Terminal Belakang Tanpa wayar

Sistem Pembesar suara
• 5 pembesar suara satelit baru
• Lubang pemasangan di dinding

Depan:
• Woofer 6.5sm x Kon Tweeter 2, 6sm (Diafragma Buluh)
• Perlindungan Magnetik untuk Kegunaan Teater Rumah

Tengah:
• Woofer 6.5sm Woofer x kon Tweeter 2, 6sm (Diafragma Buluh)
• Perlindungan Magnetik untuk Kegunaan Teater Rumah

Keliling:
• Rangkaian pembesar suara lengkap 6.5sm

Subwoofer:
• Radiator Pasif 25sm / Woofer 16sm Woofer (Jenis Kelton)

*1 sumber video menukar resolusinya kepada 1920 x 1080, sementara kualiti tinggi akan memaparkan resolusi imej subjektif rendah daripada sebenar, iaitu sumber HD lengkap. Lawati pengedar untuk maklumat lanjut.
*2 Tidak semua ciri sambungan VIERA 2008 sesuai digunakan dengan semua produk sambungan VIERA 2006/2007.
*3 Tiga cakera dirakam dan hasilnya pada perakam video DVD/kamera
*4 unit ini boleh memainkan format audio CD-DA CD-R dan CD-RW. Ia mungkin tidak boleh memainkan semua CD-R atau CD-RW berikutan keadaan rakaman.
*5 untuk kandungan yang dirakam pada CD-R/RW daripada CD untuk kegunaan peribadi. Keupayaan memainkannya mungkin berbeza bergantung kepada keadaan dan cakera.
*6 Produk DivX rasmi yang disahkan. Boleh dimainkan pada semua versi video DivX (termasuk
DivX®6) dengan standard pemain balik fail media DivX®. DivX®, pengiktirafan DivX® dan logo
yang berkaitan dengannya adalah tanda perdagangan DivX® Inc dan digunakan dibawah lesennya.
Mengenai DivX®
DivX® adalah teknologi media popular yang direka DivX® Inc. Fail media DivX® mengandungi video yang mampatan tinggi dengan kualiti visual tinggi bagi mengekalkan saiz fail yang kecil
*7 Untuk menikmati kandungan Video iPod, sila sambungkan sistem bunyi teater kediaman dengan kabel komposit video ke TV.

Mengenai Panasonic Malaysia Sdn Bhd
Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio visual, kelengkapan rumah, penghawa dingin, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran System professional, System perniagaan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan kecantikan sehingga ke batteri dan lampu. Semua produk Panasonic boleh di dapati menerusi pengedar sah kami seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berhubung jenama dan produk Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan di 03-5543 7600.

Perhubungan Media:
Azizah Wahid
Penolong Pengurus Besar, Komunikasi Korporat & Penjenamaan
Tel: 03 7809 7876 Mobil: 019 217 2730
Emel: azizah.wahid@my.panasonic.com